Popular Posts

Monday, January 10, 2011

Prosedur suntikan benih suami IUI

Suntik benih suami (IUI)


Suntikan Benih Suami (Artificial Insemination)


Rawatan secara 'artificial insemination' adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah bersihkan/ diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur.  Proses ini juga digelar dengan nama ‘I.U.I.’(intra uterine insemination).


Siapakah yang perlu menjalani rawatan I.U.I. ?

1.        Benih suami kurang, lemah atau bermasalah.
2 .       Mandul tanpa sebab-sebab yang diketahui (Unexplained Infertility)
3 .       Isteri mengidap penyakit endometriosis tetapi saluran fallopian tuidak tersumbat.
4 .       Suami lemah tenaga batin, tidak boleh menyetubuhi isteri.

Cara menjalani IUI

1.         Mulakan rawatan pada haid hari ke-2 atau ke-3. Perlu makan ubat subur clomid 4 biji sehari , selama 5 hari. Talipon Klinik 03 2094 1115 untuk appointment buat scanning dan munkin IUI hari
2 .     Lepas haid bolih adakan pesetubuhan sehingga hari ke12. Berhenti 2 hari sebelum datang klinik untuk scanning bagi mengesan pematangan telor.

 .
3.         Pada hari subur - hari ke14 - 18.datang keklinik untuk buat transvaginal scanning (TVS) untuk mengesan telor- berapa telor dan sudah matang atau belum, sudah menetas (ovulation) atau belum.
4.         Pada hari penetasan telur berlaku, suami perlu mengeluarkan air mani yang akan diperoses di makmal kesuburan, lendir dibuang, benih-benih yang paling aktif dan terbaik mutunya dipilih dalam 1cc cecair khas.

5.         Suntikan benih dilakukan melalui faraj dengan menggunakan satu tiub plastik ke dalam ruang rahim.
6.         Pasangan digalakkan melakukan persetubuhan tiga malam berturut-turut selepas suntikan benih.
Rawatan cara I.U.I. boleh diulang banyak kali mungkin antara 3-6 kali. Sebaiknya dilakukan selang 2-3 bulan.

4 comments:

  1. Salam Dr.

    Berapakah anggaran kos IUI ini dari mula hingga ubat-ubatan yg diperlukan??

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Dr..

    Berapa kos semua sekali untuk rawatan ini?? Harap Dr dapat menyelesaikan masalah kami ini..terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Berapa kos untuk melakukan iui

    ReplyDelete
  4. boleh tak saya nak jalankan prosedur iui ni untuk pilih jantina anak.sbb sye dh ade 2 org anak perempuan sblm ini.

    ReplyDelete